Niat adalah sesuatu yang agung

Setiap hari kita berjuang, namun perjuangan yang sering diabaikan ialah menjaga niat agar ia kekal tulus dan murni, benar-benar mencari reda Allah.

Apabila niat tidak dipelihara, kesannya mungkin tidak terasa sekarang tetapi kesanya mungkin selepas puluhan tahun, hidup terasa kosong, hati gelisah, sentiasa mencari sesuatu yang entah apa yang kita tidak puas selama ini.

Mengapalah aku tidak menjaga niatku, sedangkan kelalaianku itu telah merosakkan diriku secara perlahan-lahan, tanpa aku sedari.

Jika di Barat mereka mempersoalkan tentang purpose dan makna hidup, namun kita sebagai umat Islam pula telah diajar satu jalan yang lebih asas dan murni iaitu membetulkan niat. Kerana apabila niat diperbetulkan, tujuan hidup tidak lagi kabur ia menjadi jelas, terarah, malah mendapat berkat.

Teguran ini, hakikatnya, adalah peringatan buat diri sendiri. Kerana yang kita dambakan sebenarnya ialah keampunan Allah.

Apabila Allah telah mengampuni, perlahan-lahan kita dapat membetulkan arah hidup, dan ketenangan yang sekian lama dicari akhirnya menyelinap masuk, menyuntik semangat baharu untuk terus melangkah.

Kita bertanya kepada diri sambil bermuhasabah untuk apa kita berjuang selama ini, jika bukan demi meraih cinta dan reda Allah?

Bingkisan buat anakanda
Seni Memilih Buku: Membina Karakter Melalui 5 Lens...
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Monday, 22 June 2026