"SAYA TELAH LAMA BELAJAR BAHASA ARAB TAPI MASIH TIDAK DAPAT-DAPAT NAK KUASAINYA DENGAN BAIK."
Wahai anakku, teruslah bersabar dan berjuang. Mari kita baca nasihat Sheikh Muhammad bin Muhammad Mukhtar Al-Shanqiti حفظه الله ورعاه.
فإذا نظر الإنسان إلى هذا الانكسار هذا الانكسار من أعظم العبادة لله عز وجل
Apabila seseorang manusia melihat kepada kepasrahan/kehancuran hati, kepasrahan ini adalah antara sekuat-kuat ibadah kepada Allah 'Azza wa Jalla.
فأبشر بخير ما دام عندك هذا الشعور في كل باب من أبواب الخير
Maka bergembiralah dengan kebaikan selagi mana engkau mempunyai perasaan ini dalam setiap pintu daripada pintu-pintu kebaikan.
لربما تأتي تريد أن تطلب العلم فتجد الشيطان قد أغلق عليك كل باب
Boleh jadi engkau datang dengan niat mahu menuntut ilmu, lalu engkau mendapati syaitan telah menutup di setiap pintu.
وكل ما أردت أن تضبط العلم وتحصله أقبل عليك بالفتن والمحن
Dan setiap kali engkau mahu menguasai serta meraih ilmu tersebut, syaitan akan mendatangkan ujian dan fitnah kepadamu.
هذه هي المجاهدة والمكابدة فلربما يمكث عشر سنوات وهو لا يستطيع أن يضبط العلم ضبطه ثم يفتح عليه بعد العشر فتحا عجيبا
Inilah dia perjuangan (mujahadah) dan kesusahan. Boleh jadi seseorang itu bertahan selama 10 tahun tanpa mampu menguasai ilmu itu dengan sempurna, kemudian selepas 10 tahun Allah membuka kefahaman baginya dengan keluasan pintu yang menakjubkan.
ومن هنا قال بعض السلف كابدت الصلاة عشرين عاما فتلذذت بها عشرين عاما
Oleh sebab itulah sebahagian ulama Salaf pernah berkata: "Aku berjuang dan bersusah-payah mendirikan solat selama 20 tahun, lalu aku dapat menikmati kemanisan solat itu selama 20 tahun.
ابدها عشرين عام وهو يريد أن يتعلم خشوعها ويتعلم إخباتها ويتعلم كيف يصلي الخاشعون وكيف يخبت المخبتون ثم فتح الله عليه بعد ذلك
Beliau bersusah-payah selama 20 tahun kerana mahu mempelajari khusyuk, mempelajari rasa tunduk rendah diri, mempelajari bagaimana orang-orang yang khusyuk bersolat dan bagaimana orang yang tunduk merendah diri, lalu Allah membuka jalan baginya selepas itu.
فأبشر بكل خير وما عليك إلا أن تحسن الظن بالكريم الذي لا تنفد خزائنه سبحانه وتعالى
Oleh itu, bergembiralah dengan segala kebaikan. Tiada apa yang perlu engkau lakukan melainkan bersangka baik terhadap Yang Maha Pemurah (Allah) yang tidak pernah habis perbendaharaan-Nya, Maha Suci Allah dan Maha Tinggi.
Allahuakbar.
Ya Allah, begitu jugalah dengan soal rezeki yang lain. Mungkin 10 tahun kami berjuang jatuh bangun atau seperti tidak pernah dapat apa yang kami mahukan. Namun dengan terus bersangka baik kami pada Mu, tuhan yang maha pemurah, kami terus berharap impian itu akan dimakbulkan oleh mu. Wahai tuhan sekalian alam. الله ربنا رب العالمين