Refleksi PBAKL 2019

Hairan betapa pantasnya masa berlalu. Namun yang lebih menghairankan, masih ada manusia yang mensia-siakannya.

Terasa seperti baru sahaja tirai PBAKL ditutup tahun lalu, rupa-rupanya kini PBAKL 2019 sekali lagi melabuhkan tirainya.

Seminggu berkampung di sana benar-benar mengujakan. Menyaksikan kelahiran buku-buku baharu, memerhati gelagat manusia, serta ragam pelajar-pelajar sekolah yang penuh keingintahuan.

Ada ketenangan yang sukar diungkapkan saat berada di dalam dewan—menghirup bauan buku, meneliti tajuk-tajuknya, kulit buku, warna dan corak yang memikat pandangan mata.

Mengangkat buku dan menolaknya dengan troli adalah satu kemuliaan yang saya nikmati sepenuh hati. Kerana saya tahu, di dalamnya tersimpan ilmu yang bakal dimanfaatkan ramai. Tidak sedikit pun terasa ia sebagai kerja remeh.

Terima kasih khususnya kepada para pengunjung yang singgah ke reruai Jejak Tarbiah. Semoga setiap buku yang dibeli dibaca dan dihayati isinya. Terutama karya-karya Hamka yang begitu memberi kesan dan inspirasi kepada diri ini.

Tahniah kepada Jejak Tarbiah atas usaha berterusan mencetak semula karya-karya Hamka yang lama, agar terus hidup dan dimanfaatkan oleh masyarakat. Tetap teguh dengan matlamat utama: membina sebuah masyarakat yang membaca.

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan."

Kemudian menulislah dengan al-Qalam, dengan kurniaan hikmah yang Allah ajarkan.

Semoga kita dipertemukan lagi pada tahun hadapan. Amin

Asbab jatuh 'Cinta' dengan Jepun
Diari Cinta
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Monday, 22 June 2026