Asbab jatuh 'Cinta' dengan Jepun
11 kelainan dan kebaikan di bandar Tokyo, Jepun yang saya dapat perhatikan dan catat sepanjang berada di sana.
1. Masuk apartment tanpa ada orang jaga di kaunter. Daftar sahaja melalui mini tab dan dapatkan pasword pintu bilik. Scan muka dan pasport. Selesai.
2. Guna password untuk masuk rumah sewa. Tak perlu bawa kunci atau kad. Tekan je password dan masuk.
3. Komunikasi dengan tuan rumah melalui Ipad yang disediakan. Boleh skype jika ada masalah dalam rumah. Ipad tu tergantung sahaja situ.
4. Mesin ATM yang super superb. Boleh tengok sendiri dalam gambar. Yang menarik perhatian saya ialah screennya dibawah. So orang belakang memang takkan nampak. Cerdik bukan?
5. Duit bayaran diletakkan di bekas supaya mudah nak kutip duit syiling jika ada. Kalau letak kat atas meja sahaja kan susah sikit nak kutip satu-satu syiling tu. Nampak lebih sopan dan kemas.
6. Mangkuk tandas cerdik. Dah lah bersih. Tandas awam tu. Menariknya, masa kau flush air akan keluar kat atas tu untuk isi balik air dan kau boleh basuh tangan sekali masa tu. So jimatlah. hehe.
7. Sampul duit yang diletak di mesin ATM. Bila orang withdraw duit banyak-banyak mesti nak letak dalam sampul bagi kemas dan selamat. So best sangat ada sampul tu. Nak passing duit kat kawan pun mudah.
8. Di setiap tangga mereka akan ada sticker naik atau turun. So memang tidak akan bertembung. Mereka pula kan jalan laju. So memang benda ni bagus, untuk foreigner yang tak reti bahasa nak ikut rules pun bagus untuk faham. hehe.
9. Mesin bayar sendiri. Plastik semua ada. Masukkan je card atau duit. Lebih mudah, tak perlu ke kaunter. Kat tesco Malaysia ada yang dah ada benda macam ni.
10. Tempat letak barang atas train. So beg atau barang berat nak pegang boleh letak atas tu, apatah lagi untuk mereka yang berdiri lama menunggu stesen. Memang berguna. Saya terfikir kalau kat Malaysia nak buat ok, cuma takut kena ragut atau terlupa ambil pulak.
11. Demi masa. Train dan Bas mereka superb. Tepat jadual bertolak, tepat jadual sampai. Kau lambat kurang 1 minit boleh tertinggal. Masyarakat dididik begitu, maka lama-lama jadi kebiasaan.
Pros dan cons setiap negara pasti ada. Ambil yang baik dan baiki yang terkurang.
by Author
Comments
No comments made yet. Be the first to submit a comment